Blog berita dan gambar

Sample Links

SERAM ! Gambar kelibat misteri terakam

ghost


Seorang follower Daily Traffic Report telah berkongsi satu gambar misteri kepada admin page Facebook ini.

Dalam gambar yang dirakamkan di sebuah majlis drag kereta di Kulim, Kedah semalam entiti berambut panjang dan berjubah putih kelihatan dalam gambar tersebut meski pun kelibatnya tidak disedari ketika gambar diambil.

Bagaimanapun ramai yang mempertikaikan keaslian foto ini apatah lagi gambar makhluk mencurigakan di belakang itu dikatakan terlalu jelas berbanding yang biasa ditemui.


Apa pun, kami difahamkan gambar ini sebenarnya diambil untuk merakam mekanik kereta tersebut bersama piala yang dimenangi.

Tapi mungkin sebab teringin hendak bergambar kenangan bersama agaknya, maka ‘cik ponti’ di belakang itu pun tumpang sekaki buat photobomb, lapor Mynewshub.

No comments:

Post a Comment