pic2youu

Blog berita dan gambar

Sample Links

Model kanak-kanak Rusia tercantik di dunia !


Kristina Pimenova

                                                      
MOSCOW 29 Nov. – Usia yang muda bukanlah penghalang untuk seseorang menempa nama dalam dunia peragaan dan perkara tersebut dibuktikan oleh seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang sering diberi kepercayaan memperagakan pelbagai produk berjenama.



Mail Online melaporkan, Kristina Pimenova yang memulakan kerjaya peragaan seawal usia tiga tahun pernah menjadi model untuk jenama terkenal seperti Ro­berto Cavalli, Dolce & Gabbana, Armani dan Benetton.

Dia yang disebut sebagai kanak-kanak tercantik di dunia oleh pengguna laman sosial juga pernah menjadi penghias muka depan majalah berprestij Itali, Vogue Bambini ketika berusia tujuh tahun.

Kejelitaan Pimenova yang memiliki rambut panjang berwarna perang dan sepasang mata berwarna biru, membolehkan dia mengumpul dua juta peminat di laman sosial Facebook.

Orang yang bertanggungjawab membawa Pimenova ke dunia peragaan adalah ibunya, Glikeriya Shirokova yang menguruskan akaun laman sosial dan karier anaknya.

“Kerjaya peragaan Pimenova bermula selepas ramai rakan-rakan ibunya terpesona dengan kejelitaannya dan meminta dia mencuba nasib dalam bidang peragaan.

“Sejak itu dia sangat cintakan dunia peragaan,” menurut status biografi di Facebook Pimenova.

MACAM HAL | ISTERI BERANG SUAMI GEMAR RENUNG PAYUDARA





Geneva: Seorang suri rumah begitu berang dengan sikap suaminya yang asyik
membuang masa merenung gambar wanita separuh bogel di akhbar hingga dia
mengancam membunuh seorang model.


Dalam beberapa suratnya, wanita berusia 51 tahun itu memberi amaran kepada
akhbar Switzerland, Blick, supaya berhenti menyiarkan gambar perempuan dengan
payu dara terkeluar.


Wanita berkenaan yang namanya tidak disiarkan, menyasarkan kebenciannya pada
Gadis Tahun 2012, Jil.Dia mendakwa sudah mengupah seorang pembunuh untuk
membunuh model itu.


Wanita itu marah selepas suaminya turut mengundi model itu dalam satu pertandingan
yang dianjurkan akhbar berkenaan.Kemarahannya bertambah apabila menyedari
suaminya keluar setiap pagi untuk membeli akhbar dan menghabiskan berjam-jam
merenung gambar model separuh bogel.


Mahkamah di sini semalam diberitahu bagaimana wanita itu memulakan serangan
terhadap pengarang, wartawan, pengiklan dan model akhbar itu selama dua tahun.


Dalam sepucuk surat kepada pengarang Blick, dia menulis: “Saya tidak mahu lagi
melihat payu dara dalam akhbar anda.


“Jika anda meneruskannya juga, anda akan menemui model anda dengan leher terkelar
dalam tong sampah.”


Pada Oktober 2012, sejurus selepas Jil diundi sebagai model paling popular tahun
itu, dia menerima surat berbunyi: “Jil, sedarlah anda perempuan tidak berguna.”


Dalam satu lagi surat, wanita itu menulis: “Sekiranya anda muncul separuh bogel
sekali lagi, kami akan bunuh anda. Kami tahu rutin seharian anda.”


Dia mengaku di depan hakim mengenai tindakannya itu dan meminta maaf.


Bagaimanapun mahkamah mendapatinya bersalah atas tuduhan mengancam, menghina
dan memalsukan dokumen.Dia didenda sebanyak RM25,220 atau penjara 120 hari
tetapi masih berpeluang merayu hukuman lebih ringan. - Agensi

GEMPAR!! Dua Keping Gambar Gadis Kampung Sempat Selfie Sebelum Gantung Diri Tersebar!



Apa la nak jadi dengan gadis ini, dengar cerita gadis ini putus cinta. betul ke? siapa la yang percaya dengan berita mengarut ni, macam mana gadis ini boleh tangkap gambarnya selepas mati tergantung? elok la pandai berlakon, kalau mati kat tempat kejadian baru padan dengan muka sendiri, nak cari nahas sangat. mungkin gadis ini sudah kehabisan cara lain nak berselfie nak tayang kat laman sosialnya, minta perhatian kat orang ramai. bukan dapat pujian, sebaliknya dihentam.



MESTI BACA : Ingatkan tak Isu coklat Yang Ramai orang post kat Facebook dulu? JAKIM dah confirmkan ...


LIHAT GAMBAR DI BAWAH:


V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V


suarashiro

Gosip berkenaan tidak logik kerana hubungan kami bukannya rapat - Nad Zainal




Pelakon Nad Zainal menyifatkan gosip terbaharu mengenainya yang dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan aktor Remy Ishak sebagai tidak logik.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, dia tidak mengenali aktor tersebut secara peribadi dan hanya bertemu ketika berada dilokasi penggambaran drama lakonan mereka iaitu Jalan Mati dan AntiDOT.

"Gosip berkenaan tidak logik kerana hubungan kami bukannya rapat dan sekadar teman sesama artis sahaja.

"Baik saya atau pun dia, kami tidak pernah berhubung selepas selesai penggambaran melibatkan kami berdua dan hubungan yang wujud sekadar di set penggambaran," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad. mstar 

Uqasha Senrose jawab isu intim dengan Syafiq Kyle

Uqasha ditemubual wartawan Melodi berkenaan gosip intim dengan Syafiq Kyle sehingga berteman di set penggambaran dan di Cameron Highlands. Video penuh selepas ini.

video disini

6 GAMBAR AKSI HANGAT HETTY DENGAN BOYFRIENDNYA


Hetty Sarlene, pelakon dari Singapura bersama kekasihnya. Apa kata korang?




6 koleksi gambar bijak pandai Nelydia

Sebelum ini telah timbul perlbagai gosip mengenai Nelydia Senrose dimana khabarnya telah menjalinkan hubungan serius dengan seorang pelakon juga. Kesahihanya masih menjadi tanda tanya.

Tapi hari ini penulis ingin kongsikan gambar gambar wajah Nelydia yang hot dan menjadi kegilaan remaja pada abad ini. Jom kita lihat raut raut wajah gadis ini yang cute dan comel ini dari gambar-gambar instagram artis remaja berbakat ini.


KALAMUNGGU.BLOGSPOT.COM

PEREKA FESYEN EZUWAN ISMAIL KECEWA DENGAN CHACHA MAEMBONG



usulan daripada luahan perasaan pereka fesyen Ezuwan Ismail terhadap seorang selebriti wanita yang didakwa tidak memakai gaun rekaannya ketika Anugerah Skrin 2014 (ASK2014) yang lalu, portal murai.com.my telah mendapatkan kenyataan daripada pereka fesyen itu sendiri.

Ezuwan Ismail ketika dihubungi berkata, artis wanita yang dimaksudkannya itu adalah Chacha Maembong.

Kata pereka fesyen kegemaran ramai itu, pelakon baru yang sedang meningkat naik itu telah datang kepadanya dua minggu sebelum berlangsungnya majlis anugerah berkenaan untuk meminta tajaan sebuah persalinan gaun malam.



Jelas Ezuwan Ismail, sebagai seorang pereka fesyen dia menerima pelawaan itu dengan hati terbuka dan telah cuba sehabis baik menyiapkan sebuah gaun bewarna merah jambu khusus untuk artis cantik berkenaan.

“Saya bukan kecewa kerana dia (Chacha Maembong) tidak memakai baju saya, tetapi saya kecewa dengan sikapnya.

“Saya tak faham kenapa ketika sesi fitting, semuanya ok saja dan dia langsung tidak berkata apa-apa tentang pakaian itu, tetapi apabila tiba waktunya dia tak memakai pakaian rekaan saya

“Saya langsung tidak diberi tahu tentang keputusannya untuk tidak memakai pakaian rekaan saya. Tetapi nasib baik ketika majlis post party saya telah terserempak dengan pengurusnya dan pengurusnya telah memberi tahu saya tentang hal itu.

“Kalau tidak, tiada siapa yang memberi tahu saya tentang hal itu,”katanya dalam nada yang sangat kesal.

Pereka fesyen Ezuwan Ismail pada pagi Sabtu telah memuat naik sekeping foto seorang wanita yang didakwa seorang artis menyarung busana rekaannya.

Foto di akaun Instagram Ezuwan itu bagaimanapun tidak menampakkan wajah selebriti wanita yang menyarung busana berwarna merah jambu tersebut kerana bahagian kepalanya telah ‘dipotong’.

Menerusi foto tersebut juga Ezuwan meluahkan rasa kecewanya apabila selebriti wanita tersebut tidak memakai gaun rekaannya pada malam ASK 2014.

Ezuwan Ismail berkata, pihaknya telah memberikan sepenuh komitmen untuk menyiapkan persalinan berkenaan dan sanggup melupakan seketika tempahan daripada beberapa orang pelanggan semata-mata untuk menyiapkan persalinan pelakon berkenaan.

Apa yang membuatkan dirinya bertambah kesal apabila pihaknya langsung tidak dimaklumkan berkenaan hal itu apatah lagi mesej minta maaf daripada Chacha Maembong kerana tidak dapat menyarungkan persalinannya.

“Dia langsung tidak beritahu saya tentang hal itu. Bagi saya dia sepatutnya membuat keputusan yang bijak dan tidak melepaskan tangan begitu saja.

“Bagi saya, kalaupun dia maklumkan kepada saya awal-awal untuk tidak mahu memakai pakaian saya, sudah pasti saya akan mencari jalan penyelesaian.

“Pastinya saya tak kisah, kalau dia beri tahu saya awal. Ini tidak, sampai sekarang dia langsung tidak meminta maaf atau memberi tahu saya apa-apa, walaupun kiriman mesej meminta maaf.

“Sebaliknya, kakaknya pula Emma Maembong yang telah menghubungi saya dan meminta maaf bagi pihaknya. Bagi saya, apa halnya pula Emma Maembong yang perlu meminta maaf atau terbabit dalam hal ini?

“Kenapa bukan dia sendiri yang berbuat macam tu?”, katanya yang kurang setuju dengan tindakan Chacha Maembong itu.

Tambah Ezuwan Ismail, apa yang memuatkan reputasinya tercabara apabila ramai yang memberikan maklum balas kurang meyenangkan apabila dia memuat naik gambar berkenaan.

Ramai pula yang mengkritik pakaian rekaan Ezuwan Ismail itu sedangkan hakikatnya pakaian berkenaan masih lagi dalam proses terkahir untuk disiapkan.

“Pengajarannya ialah saya perlu berhati-hati dengan sesetengah artis di Malaysia yang tidak menghargai pereka fesyen dan bersikap mementingkan diri sendiri,” kata Ezuwan Ismail. | murai

Ummi Nazeera makin jelita sejak Bertudung ! 8 GAMBAR



Pastinya semua masih mengingati pelakon cantik menawan Ummi Nazeera yang suatu ketika dahulu cukup popular dengan lakonan mantapnya .


Sejak Ummi Nazeera mula bertudung ini sememangnya dia kelihatan makin jelita dan menawan malah dia telah membuatkan ramai jejaka jatuh cinta padanya .


Sungguh beruntung bagi sesiapa yang dapat memiliki hati pelakon cantik menawan ini .


Ummi Nazeera apabila dia tersenyum sememangnya mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihat wajahnya .


Apapun, ianya bermula apabila Ummi Nazeera dilihat mula menghadiri majlis-majlis hiburan seperti Anugerah Skrin 2014 dan Konsert EH! .


Namun persoalannya adakah Ummi akan kembali berlakon semula . Rindu rasanya untuk melihat lakonan mantap Ummi di layar perak .









braderpanas

Fazura bengang kena kejut dari tidur



Artis yang baru saja merakamkan single pertama untuk konsert Majalah Eh! baru-baru ini, ‘bengang’ apabila dikejutkan dari tidur semata-mata ada kru kabin yang juga peminatnya ingin bergambar sama.

Rasa tidak puas hati pelakon Nur Fazura diluahkan menerusi laman Facebook miliknya.

“Saya tahu saya seorang selebriti tetapi saya juga merupakan seorang penumpang berbayar.


baca selanjutnya di sini

Nikah gantung, Iqram Dinzly kini bergelar suami ?




Pelakon Iqram Dinzly pada Sabtu, telah mengejutkan ramai pihak apabila dia memuat naik beberapa keping foto pernikahannya dengan seorang gadis.

Menerusi foto yang dikongsi di akaun Instagramnya itu, ada beberapa hashtag (#) yang digunakan bersama kapsyen yang ditulis Iqram.

Pelakon berusia 32 tahun itu telah menulis kapsyen, “Alhamdulillah.. Dengan sekali lafaz. #aamiiiin *maafkandakuatasrahsiaini,jangan jadikaniadendamsemalamitu. #married #nikahgantung #miracle”.



Foto tersebut menunjukkan tangan Iqram sedang dicium oleh seorang wanita di hadapan sebuah pelamin.




Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 4 ribu likes, 174 komen (ketika artikel ini ditulis) serta ucapan tahniah daripada pengikut Iqram yang kebanyakannya terkejut dengan berita pernikahan tersebut.

Bagaimanapun, dua jam selepas itu Iqram memuat naik sekeping lagi foto dia dan ‘isteri’ bersama ibu dan bapa mertua serta ‘iparnya’.

Pada foto tersebut Iqram telah meletakkan kapsyen “Bergambar kenangan dengan mentua & ipar , selepas sah #dendamsemalam #azalea”.

Akhirnya debaran para peminat terjawab apabila melihat pada (#) digunakan Iqram dan selepas diamati dengan teliti, wanita bertuah yang ‘dikahwininya’ itu ialah pendatang baru Adibah Yunus, mertuanya pelakon Kuza dan Esma Daniel manakala iparnya pula Azwan Kombos.

Rupanya-rupanya foto tersebut merupakan salah satu adegan dalam drama berjudul ‘Dendam Semalam’ yang akan ditayangkan di slot televisyen tempatan. -Astro Gempak












7 gambar Perkahwinan Elly Mazlein & Azmi Mohd Hatta




PUCHONG: Selepas beberapa kali mengubah tarikh pernikahan, Elly Mazlein akhirnya disatukan dengan pengarah drama Azmi Mohd Hatta 11.45 pagi tadi.

Majlis nikah berlangsung di Surau As Sakinah. Pemilihan surau berkenaan juga kerana pusara arwah ibunya, Sabariah Yoon yang terletak berdekatan.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Hanafi Syed Abdullah sambil disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Kariah Taman Putra Perdana, Ahmad Baie Jaafar.


Elly menyerahkan sembilan dulang dan dibalas tujuh dulang oleh suaminya. Elly menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran pula dirahsiakan.

"Dalam gembira segala galanya berjalan seperti dirancang, hati saya bercampur baur. Sebak kerana ibu sudah tiada untuk menyaksikan hari bersejarah ini. Saya dan suami pun sepakat untuk tidak mengadakan sebarang majlis selanjutnya.

"Dengan fasa baru ini, saya mahu menjadi isteri yang terbaik. Suami pun tak menghalang kerjaya lakonan. Selepas ini pun saya tak memilih watak tapi keutamaan lebih kepada rumah tangga. Tawaran berlakon pun saya terima sekitar KL saja," katanya yang anggun dengan persalinan Busana Cinta.

Bergelar ibu segera kepada dua anak tiri, Elly lebih selesa bergelar kawan akrab kepada mereka. Anak tiri Elly kedua duanya lelaki yang masing masing berusia 13 tahun dan 14 tahun.

"Saya tak layak dan tak dapat menggantikan peranan ibu mereka. Cukup mereka menerima kehadiran saya.

"Dengan merekalah saya selalu bersenam termasuk berjoging dan bermain badminton," katanya yang hanya bercuti dua minggu saja untuk berkahwin.

Selesai akad nikah, pasangan pengantin ini diarak ke pusara arwah ibu Elly. Elly dan suaminya akan berbulan madu di sebuah pulau dulu sebelum ke Eropah Januari depan.


Azmi dinikahkan bapa Elly disaksikan Ustaz Ahmad Baie Jaafar - Foto Zaidi Mohamad

                               





top 5 selebriti paling cute ketika mengandung !



Seronok bila tengok selebriti Malaysia ni macam berlumba-lumba nak lahirkan zuriat mereka. Tak timbul pun isu takut jadi tak cantik bila dah mengandung.

Malah, kami rasa kebanyakan mereka makin bertambah cantik dan anggun bila berbadan dua. Stillnampak bergaya dan up-to-date dengan fesyen yang bersesuaian dengan ibu mengandung.

Nah, kami senaraikan top 5 selebriti wanita yang kami rasa paling meletop ketika mereka mengandung. Buat wanita-wanita di luar sana, sila jadikan mereka sebagai idola ya!



- ohhbulann

Awas! Virus Lucah Di Facebook Kelihatan Seperti Anda Yang Melakukannya !


Awas! Virus Lucah Di Facebook Kelihatan Seperti Anda Yang Melakukannya


Semenjak kebelakangan ini ramai rakan-rakan di facebook membuat aduan melihat posting lucah di wall dan yang melakukannya adalah rakan-rakan di facebook sendiri. Awas! Ini adalah satu virus yang semakin merebak secara meluas.

Virus ini adalah sejenis virus lucah yang secara automatik diposkan ke “wall facebook” anda oleh rakan anda yang telah tertipu dengan virus ini. Sesiapa sahaja yang mengklik link pada virus yang di poskan di wall secara automatik akan melakukan perkara sama kepada rakan yang lain.

Sebagai contoh. Jika Si A pernah mengklik link virus itu kemungkinan besar Si A akan mengeposkan link lucah yang sama kepada rakannya yang lain tanpa Si A sedari. Ini adalah secara automatik. Rakan-rakan yang lain akan melihat seolah-olah Si A yang melakukan perkara itu padahal itu adalah satu virus yang aktif secara automatik selepas Si A mengklik link virus itu tadi.


Virus ini disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan kemungkinan besar adalah dari hacker yang jahat.

Langkah keselamatan untuk mengelakkan virus:


  1. Terus memadamkan posting di wall anda jika ada rakan yang mengeposkan posting lucah.
  2. Elakkan mengklik sebarang link lucah di facebook timeline.
  3. Jika ada rakan menghantar sebarang link berbahasa inggeris di ruangan chatting sila padam dan jangan sesekali klik link itu.

Langkah-langkah ini dapat mengelakkan anda daripada tertipu dengan virus ini. Awas! Jika anda tersilap mengklik link itu kemungkinan besar orang lain akan menyangka anda yang melalukan perkara itu walha itu adalah virus. Berhati-hati kerana hacker semakin berani.

Istimewanya Adib pada Izara Aisyah

Istimewanya Adib adalah kerana dia merupakan seorang yang 'full of surprises'. Malah dia juga seorang yang berbeza daripada apa yang saya dengar. Saya merasakan saya lebih mengenali Adib sekarang berbanding ketika berkawan dahulu,” ujar Izara ketika bercakap kepada GUA baru-baru ini.

Tidak dinafikan hubungan cinta antara pelakon, Izara Aishah dan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza itu bukan lagi rahsia. Malah pasangan sejoli ini juga sering memuat naik gambar satu sama lain di akaun sosial milik mereka.


Foto yang dimuat naik oleh Izzara di akaun Instagram miliknya


Menurut Izara, mereka berdua masih saling mengenali hati budi dan belum memikirkan untuk membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya. Tambah Izara, buat masa ini mereka enggan melibatkan hal keluarga kerana hubungan mereka masih berada dalam peringkat awal lagi.

Dalam perkembangan terkini, Izara sedang menjalani penggambaran drama bersiri berjudul 'Teman Lelaki Upahan'. Izara memegang watak pembantu dan heroin untuk drama tersebut adalah Siti Elizad manakala heronya pula adalah Ungku Ismail.

“Saya sedang menunggu empat buah filem yang dijangka ditayangkan pada tahun hadapan iaitu Showdown The Movie, Pilot Cafe, Gangsterock dan Sinaran. Ramai yang mengatakan saya agak senyap, mungkin kerana belum ada lagi produk saya yang mendapat sambutan hangat seperti 'Vanila Coklat'.

Malah saya juga lebih banyak menerima tawaran filem berbanding drama pada ketika ini. Saya juga sebenarnya meminati bidang tarian dan kerana itulah saya menerima tawaran berlakon filem 'Showdown The Movie',” ujar Izara mengakhiri perbualan.Gua.com.my
,

7 Foto Maria Farida Makin Meningkat Usia Makin Mengancam





Fuh ~~ Makin tua makin mengancam wanita-wanita zaman sekarang ini. Sebenarnya
Abang Nara daripadadulu lagi tertanya-tanya rahsia wajah Maria Farida yang kekal
muda. Tak nampak tua langsung.

Terbaru, Maria Farida telah menyambut hari jadinya bersama rakan-rakan di Bangkok.
Kawan-kawan Maria Farida pun semua hot stuff jugak.

Abang Nara pasti ramai lelaki-lelaki yang tewas di dalam renungan mata mereka.
Cair seolah-olah salji dipanah matahari. Amboi 








Kalau tak silap Abang Nara, umur Maria Farida sudah pun mencecah angka 40 tahun.
Semoga Maria Farida akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Lagi beberapa keping gambar si panas Maria Farida ini dengan membaca entri ini
sepenuhnya.






 

LUAHAN HATI SI GADIS YANG BERCINTA DENGAN ABANGNYA SENDIRI.

GH


Pengakuan oleh Aina (bukan nama sebenar) bagaikan cerita yang hanya dilihat dalam drama atau filem, namun hakikatnya ini benar-benar berlaku.
Sudah lima tahun kisah berlalu iaitu ketika dia masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi, tetapi tetap segar dalam kenangan dan menjadi pengajaran seumur hidup.

Memulakan bicara, Aina berkata, ketika semester pertama di universiti, dia berasakan kehidupannya begitu berubah.Masakan tidak, daripada anak manja tunggal yang tidak pernah berenggang dengan ibunya, dia kini perlu hidup berdikari.

Sememangnya sudah menjadi tabiat anak manja, dia memang kekok untuk bergaul dengan teman satu bilik yang seramai lapan orang di kolej.

Sikapnya yang susah mesra membuatkan ramai tidak mahu mendekatinya, lalu menjadikan dia semakin tidak betah menjadi mahasiswi.

Sebulan di tempat baru membuatkan saya rasa sangat sunyi. Saya tidak seronok walau ramai kawan. Setiap minggu saya akan balik ke rumah ibu di Kuala Lumpur, walau banyak belanja saya tidak kisah asal dapat menghabiskan masa dalam rumah dan selesa di bilik sendiri.

Adakalanya ibu memarahi saya kerana kerap pulang ke rumah, sangkanya saya langsung tidak mahu belajar.
Saya sebenarnya memang mahu belajar cuma saya tidak betah berjauhan dari ibu kerana sejak dari usia dua tahun kami tinggal berdua sahaja iaitu selepas ibu berpisah dengan ayah,” ujarnya.

Dek kerana takut dimarahi ibunya lagi, Aina mencari sebab untuk dia gembira berada kira-kira 500 kilometer jauh dari rumah dan ibunya.

Kalau hari kuliah saya tak rasa begitu sunyi, dilema saya ialah ketika hujung minggu kerana begitu bosan duduk di asrama. Kawan-kawan ada yang ajak berjalan-jalan tapi hati saya tidak begitu suka walaupun sekali-sekala saya ikutkan juga ajakan mereka, imbasnya.

Mengenali Azam
Pada satu hujung minggu, dia cuba mengulangkaji pelajaran di perpustakaan universitinya.
Ketika itu, matanya bertentang dengan seorang pelajar senior yang bagi Aina mempunyai wajah cukup tampan.

Dia memberanikan diri memberi senyuman dan dibalas mesra oleh pelajar senior tersebut.
Azam (juga bukan nama sebenar) merupakan pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan mekanikal di universiti yang sama.

Sejak berbalas senyuman, saya teringin mengenali Azam dengan lebih dekat. Selepas beberapa kali berjumpa di perpustakaan kami akhirnya bertukar nombor dan sering membalas SMS (khidmat pesanan ringkas).

Banyak persamaan antara kami, makanan hobi dan banyak lagi kegemaran kami yang sama. Saya sungguh selesa dengan Azam dan sejak berkenalan dengannya saya tidak pernah lagi rasa kesunyian.

Hari demi hari perhubungan kami semakin rapat dan berasa selamat ketika bersama dia, katanya.
Azam merupakan pelajar yang bijak dengan keputusan yang sentiasa memberangsangkan setiap semester. Jadi tidak hairanlah apabila dia telah ditawarkan pekerjaan oleh sebuah syarikat swasta beberapa bulan sebelum menamatkan pengajian lagi.

Kami begitu teruja kerana apabila Azam mula bekerja dia berjanji akan melamar saya. Dia akan membawa saya berjumpa dengan keluarganya di Terengganu dan saya juga akan memperkenalkan Azam kepada ibu saya di Kuala Lumpur.

Saya pasti ibu akan menerima Azam kerana saya kenal dengan ibu saya yang memang mahu melihat saya bahagia, jelasnya.

Pada satu cuti semester, Aina mengajak Azam untuk ke rumah ibunya dan salam perkenalan tersebut disambut dengan hati yang sungguh gembira.

Seharian kami menghabiskan masa di rumah, kami makan, menonton televisyen dan membelek album lama bersama ibu. Tiba pada satu keping gambar lama, Azam tiba-tiba berubah wajah. Terus ditanya siapakah dalam gambar tersebut. Ibu menerangkan itu adalah keluarga asal saya dengan bapa dan seorang abang bernama Amar.

Azam seolah kenal benar dengan wajah bapa dalam gambar tersebut kerana seingat Azam, bapanya juga mempunyai foto yang sama yang dibingkaikan di dalam bilik bacaan keluarganya.


Selepas didesak barulah ibu bercerita. Rupanya ibu adalah isteri kedua ayah dan disebabkan jodoh tidak panjang mereka bercerai. Ketika itu mereka mempunyai dua anak iaitu saya dan abang yang beza usia cuma dua tahun. Selepas bercerai, mereka bersetuju ayah ambil anak lelaki manakala ibu ambil anak perempuan iaitu saya.

Menurut ibu, ayah membawa abang pindah ke Terengganu bersama keluarga isteri pertama yang telah mempunyai tiga anak dan selepas peristiwa itu mereka terputus hubungan hingga saat ini.

Selama ini saya memang tahu saya mempunyai abang tetapi saya tidak pernah bertanya mengenainya, mungkin sudah terlalu selesa hidup berdua dengan ibu.

Tanpa menunggu sesaat, Azam memberitahu saya bahawa itulah juga ayahnya dan Amar itulah juga adiknya. Ya benar, kami mempunyai bapa yang sama, dia anak sulong ayah bersama isteri pertama. Berderau darah saya dan reaksi ibu juga sama. Petang yang begitu ceria tiba-tiba bertukar menjadi dingin dan tegang,” imbas Aina.

Cuba berkawan
Usai cuti semester, Aina kembali ke kampus meneruskan pelajarannya seperti biasa biarpun perasaan berkecamuk antara lega bertemu saudara sedarahnya dengan rasa sedih kehilangan cinta hatinya.
Azam pula sudah mula bekerja dan sejak peristiwa itu mereka cuba berubah menjadi seperti adik-beradik atau sekurang-kurangnya kawan biasa.

Malangnya saya terasa begitu kekok, bayangkan daripada pasangan kekasih yang bakal mendirikan rumah tangga, kini kami kena akur bahawa kami adik-beradik sama bapa berlainan ibu.

Walau saya cuba beberapa kali untuk menganggap Azam sebagai abang tapi saya akui memang sangat sukar. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak menghubungi Azam lagi. Kebetulan Azam juga ditugaskan ke luar negara selama dua tahun, jadi semakin mudah bagi saya melupakannya sebagai kekasih hati.

Saya juga tidak pernah menceritakan hal ini pada sesiapa. Hanya kami bertiga sahaja yang tahu. Namun hikmah selepas daripada kejadian itu, saya dapat bertemu semula dengan ayah dan abang sulong saya yang terpisah sekian lama, katanya yang kini telah berumah tangga dengan rakan sepejabat dan baharu sahaja menimang cahaya mata berusia dua bulan.

Sumber : situasisanasini.blogspot.com

gambar Mayat di jumpai di dalam longkang di Jalan Raja Kam, Canning Garden Ipoh.



6 Faedah Yang Diperoleh Melalui Amalan Berjimat Cermat