Blog berita dan gambar

Sample Links

Istimewanya Adib pada Izara Aisyah

Istimewanya Adib adalah kerana dia merupakan seorang yang 'full of surprises'. Malah dia juga seorang yang berbeza daripada apa yang saya dengar. Saya merasakan saya lebih mengenali Adib sekarang berbanding ketika berkawan dahulu,” ujar Izara ketika bercakap kepada GUA baru-baru ini.

Tidak dinafikan hubungan cinta antara pelakon, Izara Aishah dan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza itu bukan lagi rahsia. Malah pasangan sejoli ini juga sering memuat naik gambar satu sama lain di akaun sosial milik mereka.


Foto yang dimuat naik oleh Izzara di akaun Instagram miliknya


Menurut Izara, mereka berdua masih saling mengenali hati budi dan belum memikirkan untuk membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya. Tambah Izara, buat masa ini mereka enggan melibatkan hal keluarga kerana hubungan mereka masih berada dalam peringkat awal lagi.

Dalam perkembangan terkini, Izara sedang menjalani penggambaran drama bersiri berjudul 'Teman Lelaki Upahan'. Izara memegang watak pembantu dan heroin untuk drama tersebut adalah Siti Elizad manakala heronya pula adalah Ungku Ismail.

“Saya sedang menunggu empat buah filem yang dijangka ditayangkan pada tahun hadapan iaitu Showdown The Movie, Pilot Cafe, Gangsterock dan Sinaran. Ramai yang mengatakan saya agak senyap, mungkin kerana belum ada lagi produk saya yang mendapat sambutan hangat seperti 'Vanila Coklat'.

Malah saya juga lebih banyak menerima tawaran filem berbanding drama pada ketika ini. Saya juga sebenarnya meminati bidang tarian dan kerana itulah saya menerima tawaran berlakon filem 'Showdown The Movie',” ujar Izara mengakhiri perbualan.Gua.com.my
,

No comments:

Post a Comment