Blog berita dan gambar

Sample Links

Mayat seorang wanita tanpa kepala ditemui

MAYAT wanita yang belum dikenali ditemui dalam beg di Taman Botanikal Pulau Pinang


GEORGETOWN : Mayat seorang wanita tanpa kepala ditemui dalam beg pakaian yang ditinggalkan di kawasan parkir kereta Taman Botanikal Jalan Kebun Bunga, di sini, pagi ini.

Mayat itu ditemui jam 11 pagi tadi oleh seorang pekerja pencuci sampah yang curiga selepas melihat beg pakaian berkenaan.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mayat berkenaan dibalut menggunakan selimut dan disumbat dalam beg pakaian itu.

“Siasatan mendapati hanya separuh badan daripada pinggang hingga leher ditemui manakala kaki dan kepalanya dipotong.

“Kita percaya mangsa dibunuh di tempat lain dan mayatnya dicampak di kawasan ini,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian, pagi ini

No comments:

Post a Comment