Blog berita dan gambar

Sample Links

MACAM HAL | ISTERI BERANG SUAMI GEMAR RENUNG PAYUDARA





Geneva: Seorang suri rumah begitu berang dengan sikap suaminya yang asyik
membuang masa merenung gambar wanita separuh bogel di akhbar hingga dia
mengancam membunuh seorang model.


Dalam beberapa suratnya, wanita berusia 51 tahun itu memberi amaran kepada
akhbar Switzerland, Blick, supaya berhenti menyiarkan gambar perempuan dengan
payu dara terkeluar.


Wanita berkenaan yang namanya tidak disiarkan, menyasarkan kebenciannya pada
Gadis Tahun 2012, Jil.Dia mendakwa sudah mengupah seorang pembunuh untuk
membunuh model itu.


Wanita itu marah selepas suaminya turut mengundi model itu dalam satu pertandingan
yang dianjurkan akhbar berkenaan.Kemarahannya bertambah apabila menyedari
suaminya keluar setiap pagi untuk membeli akhbar dan menghabiskan berjam-jam
merenung gambar model separuh bogel.


Mahkamah di sini semalam diberitahu bagaimana wanita itu memulakan serangan
terhadap pengarang, wartawan, pengiklan dan model akhbar itu selama dua tahun.


Dalam sepucuk surat kepada pengarang Blick, dia menulis: “Saya tidak mahu lagi
melihat payu dara dalam akhbar anda.


“Jika anda meneruskannya juga, anda akan menemui model anda dengan leher terkelar
dalam tong sampah.”


Pada Oktober 2012, sejurus selepas Jil diundi sebagai model paling popular tahun
itu, dia menerima surat berbunyi: “Jil, sedarlah anda perempuan tidak berguna.”


Dalam satu lagi surat, wanita itu menulis: “Sekiranya anda muncul separuh bogel
sekali lagi, kami akan bunuh anda. Kami tahu rutin seharian anda.”


Dia mengaku di depan hakim mengenai tindakannya itu dan meminta maaf.


Bagaimanapun mahkamah mendapatinya bersalah atas tuduhan mengancam, menghina
dan memalsukan dokumen.Dia didenda sebanyak RM25,220 atau penjara 120 hari
tetapi masih berpeluang merayu hukuman lebih ringan. - Agensi

No comments:

Post a Comment