Blog berita dan gambar

Sample Links

LUAHAN HATI SI GADIS YANG BERCINTA DENGAN ABANGNYA SENDIRI.

GH


Pengakuan oleh Aina (bukan nama sebenar) bagaikan cerita yang hanya dilihat dalam drama atau filem, namun hakikatnya ini benar-benar berlaku.
Sudah lima tahun kisah berlalu iaitu ketika dia masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi, tetapi tetap segar dalam kenangan dan menjadi pengajaran seumur hidup.

Memulakan bicara, Aina berkata, ketika semester pertama di universiti, dia berasakan kehidupannya begitu berubah.Masakan tidak, daripada anak manja tunggal yang tidak pernah berenggang dengan ibunya, dia kini perlu hidup berdikari.

Sememangnya sudah menjadi tabiat anak manja, dia memang kekok untuk bergaul dengan teman satu bilik yang seramai lapan orang di kolej.

Sikapnya yang susah mesra membuatkan ramai tidak mahu mendekatinya, lalu menjadikan dia semakin tidak betah menjadi mahasiswi.

Sebulan di tempat baru membuatkan saya rasa sangat sunyi. Saya tidak seronok walau ramai kawan. Setiap minggu saya akan balik ke rumah ibu di Kuala Lumpur, walau banyak belanja saya tidak kisah asal dapat menghabiskan masa dalam rumah dan selesa di bilik sendiri.

Adakalanya ibu memarahi saya kerana kerap pulang ke rumah, sangkanya saya langsung tidak mahu belajar.
Saya sebenarnya memang mahu belajar cuma saya tidak betah berjauhan dari ibu kerana sejak dari usia dua tahun kami tinggal berdua sahaja iaitu selepas ibu berpisah dengan ayah,” ujarnya.

Dek kerana takut dimarahi ibunya lagi, Aina mencari sebab untuk dia gembira berada kira-kira 500 kilometer jauh dari rumah dan ibunya.

Kalau hari kuliah saya tak rasa begitu sunyi, dilema saya ialah ketika hujung minggu kerana begitu bosan duduk di asrama. Kawan-kawan ada yang ajak berjalan-jalan tapi hati saya tidak begitu suka walaupun sekali-sekala saya ikutkan juga ajakan mereka, imbasnya.

Mengenali Azam
Pada satu hujung minggu, dia cuba mengulangkaji pelajaran di perpustakaan universitinya.
Ketika itu, matanya bertentang dengan seorang pelajar senior yang bagi Aina mempunyai wajah cukup tampan.

Dia memberanikan diri memberi senyuman dan dibalas mesra oleh pelajar senior tersebut.
Azam (juga bukan nama sebenar) merupakan pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan mekanikal di universiti yang sama.

Sejak berbalas senyuman, saya teringin mengenali Azam dengan lebih dekat. Selepas beberapa kali berjumpa di perpustakaan kami akhirnya bertukar nombor dan sering membalas SMS (khidmat pesanan ringkas).

Banyak persamaan antara kami, makanan hobi dan banyak lagi kegemaran kami yang sama. Saya sungguh selesa dengan Azam dan sejak berkenalan dengannya saya tidak pernah lagi rasa kesunyian.

Hari demi hari perhubungan kami semakin rapat dan berasa selamat ketika bersama dia, katanya.
Azam merupakan pelajar yang bijak dengan keputusan yang sentiasa memberangsangkan setiap semester. Jadi tidak hairanlah apabila dia telah ditawarkan pekerjaan oleh sebuah syarikat swasta beberapa bulan sebelum menamatkan pengajian lagi.

Kami begitu teruja kerana apabila Azam mula bekerja dia berjanji akan melamar saya. Dia akan membawa saya berjumpa dengan keluarganya di Terengganu dan saya juga akan memperkenalkan Azam kepada ibu saya di Kuala Lumpur.

Saya pasti ibu akan menerima Azam kerana saya kenal dengan ibu saya yang memang mahu melihat saya bahagia, jelasnya.

Pada satu cuti semester, Aina mengajak Azam untuk ke rumah ibunya dan salam perkenalan tersebut disambut dengan hati yang sungguh gembira.

Seharian kami menghabiskan masa di rumah, kami makan, menonton televisyen dan membelek album lama bersama ibu. Tiba pada satu keping gambar lama, Azam tiba-tiba berubah wajah. Terus ditanya siapakah dalam gambar tersebut. Ibu menerangkan itu adalah keluarga asal saya dengan bapa dan seorang abang bernama Amar.

Azam seolah kenal benar dengan wajah bapa dalam gambar tersebut kerana seingat Azam, bapanya juga mempunyai foto yang sama yang dibingkaikan di dalam bilik bacaan keluarganya.


Selepas didesak barulah ibu bercerita. Rupanya ibu adalah isteri kedua ayah dan disebabkan jodoh tidak panjang mereka bercerai. Ketika itu mereka mempunyai dua anak iaitu saya dan abang yang beza usia cuma dua tahun. Selepas bercerai, mereka bersetuju ayah ambil anak lelaki manakala ibu ambil anak perempuan iaitu saya.

Menurut ibu, ayah membawa abang pindah ke Terengganu bersama keluarga isteri pertama yang telah mempunyai tiga anak dan selepas peristiwa itu mereka terputus hubungan hingga saat ini.

Selama ini saya memang tahu saya mempunyai abang tetapi saya tidak pernah bertanya mengenainya, mungkin sudah terlalu selesa hidup berdua dengan ibu.

Tanpa menunggu sesaat, Azam memberitahu saya bahawa itulah juga ayahnya dan Amar itulah juga adiknya. Ya benar, kami mempunyai bapa yang sama, dia anak sulong ayah bersama isteri pertama. Berderau darah saya dan reaksi ibu juga sama. Petang yang begitu ceria tiba-tiba bertukar menjadi dingin dan tegang,” imbas Aina.

Cuba berkawan
Usai cuti semester, Aina kembali ke kampus meneruskan pelajarannya seperti biasa biarpun perasaan berkecamuk antara lega bertemu saudara sedarahnya dengan rasa sedih kehilangan cinta hatinya.
Azam pula sudah mula bekerja dan sejak peristiwa itu mereka cuba berubah menjadi seperti adik-beradik atau sekurang-kurangnya kawan biasa.

Malangnya saya terasa begitu kekok, bayangkan daripada pasangan kekasih yang bakal mendirikan rumah tangga, kini kami kena akur bahawa kami adik-beradik sama bapa berlainan ibu.

Walau saya cuba beberapa kali untuk menganggap Azam sebagai abang tapi saya akui memang sangat sukar. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak menghubungi Azam lagi. Kebetulan Azam juga ditugaskan ke luar negara selama dua tahun, jadi semakin mudah bagi saya melupakannya sebagai kekasih hati.

Saya juga tidak pernah menceritakan hal ini pada sesiapa. Hanya kami bertiga sahaja yang tahu. Namun hikmah selepas daripada kejadian itu, saya dapat bertemu semula dengan ayah dan abang sulong saya yang terpisah sekian lama, katanya yang kini telah berumah tangga dengan rakan sepejabat dan baharu sahaja menimang cahaya mata berusia dua bulan.

Sumber : situasisanasini.blogspot.com

No comments:

Post a Comment