Blog berita dan gambar

Sample Links

PEREKA FESYEN EZUWAN ISMAIL KECEWA DENGAN CHACHA MAEMBONG



usulan daripada luahan perasaan pereka fesyen Ezuwan Ismail terhadap seorang selebriti wanita yang didakwa tidak memakai gaun rekaannya ketika Anugerah Skrin 2014 (ASK2014) yang lalu, portal murai.com.my telah mendapatkan kenyataan daripada pereka fesyen itu sendiri.

Ezuwan Ismail ketika dihubungi berkata, artis wanita yang dimaksudkannya itu adalah Chacha Maembong.

Kata pereka fesyen kegemaran ramai itu, pelakon baru yang sedang meningkat naik itu telah datang kepadanya dua minggu sebelum berlangsungnya majlis anugerah berkenaan untuk meminta tajaan sebuah persalinan gaun malam.



Jelas Ezuwan Ismail, sebagai seorang pereka fesyen dia menerima pelawaan itu dengan hati terbuka dan telah cuba sehabis baik menyiapkan sebuah gaun bewarna merah jambu khusus untuk artis cantik berkenaan.

“Saya bukan kecewa kerana dia (Chacha Maembong) tidak memakai baju saya, tetapi saya kecewa dengan sikapnya.

“Saya tak faham kenapa ketika sesi fitting, semuanya ok saja dan dia langsung tidak berkata apa-apa tentang pakaian itu, tetapi apabila tiba waktunya dia tak memakai pakaian rekaan saya

“Saya langsung tidak diberi tahu tentang keputusannya untuk tidak memakai pakaian rekaan saya. Tetapi nasib baik ketika majlis post party saya telah terserempak dengan pengurusnya dan pengurusnya telah memberi tahu saya tentang hal itu.

“Kalau tidak, tiada siapa yang memberi tahu saya tentang hal itu,”katanya dalam nada yang sangat kesal.

Pereka fesyen Ezuwan Ismail pada pagi Sabtu telah memuat naik sekeping foto seorang wanita yang didakwa seorang artis menyarung busana rekaannya.

Foto di akaun Instagram Ezuwan itu bagaimanapun tidak menampakkan wajah selebriti wanita yang menyarung busana berwarna merah jambu tersebut kerana bahagian kepalanya telah ‘dipotong’.

Menerusi foto tersebut juga Ezuwan meluahkan rasa kecewanya apabila selebriti wanita tersebut tidak memakai gaun rekaannya pada malam ASK 2014.

Ezuwan Ismail berkata, pihaknya telah memberikan sepenuh komitmen untuk menyiapkan persalinan berkenaan dan sanggup melupakan seketika tempahan daripada beberapa orang pelanggan semata-mata untuk menyiapkan persalinan pelakon berkenaan.

Apa yang membuatkan dirinya bertambah kesal apabila pihaknya langsung tidak dimaklumkan berkenaan hal itu apatah lagi mesej minta maaf daripada Chacha Maembong kerana tidak dapat menyarungkan persalinannya.

“Dia langsung tidak beritahu saya tentang hal itu. Bagi saya dia sepatutnya membuat keputusan yang bijak dan tidak melepaskan tangan begitu saja.

“Bagi saya, kalaupun dia maklumkan kepada saya awal-awal untuk tidak mahu memakai pakaian saya, sudah pasti saya akan mencari jalan penyelesaian.

“Pastinya saya tak kisah, kalau dia beri tahu saya awal. Ini tidak, sampai sekarang dia langsung tidak meminta maaf atau memberi tahu saya apa-apa, walaupun kiriman mesej meminta maaf.

“Sebaliknya, kakaknya pula Emma Maembong yang telah menghubungi saya dan meminta maaf bagi pihaknya. Bagi saya, apa halnya pula Emma Maembong yang perlu meminta maaf atau terbabit dalam hal ini?

“Kenapa bukan dia sendiri yang berbuat macam tu?”, katanya yang kurang setuju dengan tindakan Chacha Maembong itu.

Tambah Ezuwan Ismail, apa yang memuatkan reputasinya tercabara apabila ramai yang memberikan maklum balas kurang meyenangkan apabila dia memuat naik gambar berkenaan.

Ramai pula yang mengkritik pakaian rekaan Ezuwan Ismail itu sedangkan hakikatnya pakaian berkenaan masih lagi dalam proses terkahir untuk disiapkan.

“Pengajarannya ialah saya perlu berhati-hati dengan sesetengah artis di Malaysia yang tidak menghargai pereka fesyen dan bersikap mementingkan diri sendiri,” kata Ezuwan Ismail. | murai

No comments:

Post a Comment