Blog berita dan gambar

Sample Links

Wanita cedera kepala akibat diragut




Butterworth: Seorang wanita cedera di kepala dan tangan serta kerugian kira-kira RM600 akibat diragut di Tingkat Kurau 4, Taman Chai Leng di sini, kira-kira 5 petang semalam.

Mangsa Ching Ah See, 62, terjatuh selepas diragut dua lelaki menunggang sebuah motosikal.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Rusli Moh Noor berkata, kejadian ketika mangsa sedang berjalan menuju ke keretanya selepas selesai berurusan di pejabat pos.

"Suspek bertindak menarik beg tangan mangsa menyebabkan wanita itu rebah," katanya.

Wanita itu yang dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) kini dilaporkan dalam keadaan stabil. -HM

No comments:

Post a Comment