Blog berita dan gambar

Sample Links

70 ular berbisa dipamerkan bersama seorang gadis



Semua ini berlaku hanya dalam 3 saat ... Mereka benar-benar tidak melihatnya datang!

KOTA BHARU - 70 ular berbisa dipamerkan bersama seorang gadis dalam bilik kaca selama 12 jam yang menjadi tarikan utama dalam pameran dan pertunjukan ular di Muzium Negeri di sini yang berlangsung kelmarin sehingga 3 Disember ini.

Gadis berkenaan, Rahila Abdul Rahman, 28, berkata, walaupun terpaksa berada dalam bilik kaca itu selama 12 jam dari jam 10 pagi hingga 10 malam, langsung tidak menimbulkan sebarang masalah kepadanya.

“Ini merupakan pertunjukan pertama yang saya sertai, setelah enam bulan menceburkan diri dalam bidang berkenaan secara serius dengan latihan yang dikendalikan oleh jurulatih profesional, Amjad Ali Khan, 50.

“Walaupun pada mulanya agak gementar, namun selepas berada dalam bilik kaca berkenaan bersama ular-ular senduk yang masih mempunyai bisa, saya dapat mengawal keadaan. Ular-ular ini tidak bertindak agresif," katanya kepada media semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan Datuk Hassan Mohamood.

Rahila berkata, minat yang mendalam terhadap ular sejak di bangku sekolah mendorongnya untuk lebih serius melibatkan diri dalam bidang berkenaan.

“Saya membela seekor ular sawa di rumah yang diberikan nama Emily. Kini minat saya semakin mendalam apabila mendapat peluang menyertai pertunjukan seumpama ini dalam bilik kaca bersama ular-ular berbisa.

“Lagipun pada waktu lapang, saya turut menambahkan ilmu dengan mempelajari cara-cara menjaga dan menyimpan haiwan reptilia,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Muzium Negeri, Nik Mohd Azlan Hadi berkata, selain pertunjukan ular dalam rumah kaca, turut diadakan persembahan yang dikendalikan oleh jurulatih profesional yang didatangkan khas dari Pulau Pinang.

“Kita juga turut pamerkan hampir 150 jenis ular dalam bekas kaca selain pameran buaya yang diawet, biawak, cicak, katak dan pelbagai jenis reptilia.

“Harga tiket untuk dewasa dan kanak-kanak hanya RM4 manakala untuk pelajar dan kanak-kanak beruniform RM2 dan turut berpeluang bergambar bersama ular dalam pameran itu,”katanya.

Nik Mohd berkata, diharapkan pameran kali ketiga yang diadakan di muzium ini mendapat tempat dalam kalangan peminat ular dan rakyat di negeri ini dan mensasarkan 60,000 hingga 100,000 pengunjung bakal mengunjungi pameran terbabit - sh

No comments:

Post a Comment