Blog berita dan gambar

Sample Links

Wanita kantoi curi barang pengantin 5 Gambar

Seorang pengguna Facebook mendedahkan salah laku suspek yang mencuri di majlis perkahwinan.
MELAKA: Seorang wanita berjaya dicekup oleh sebuah keluarga pengantin kerana menceroboh ke majlis perkahwinan tanpa sebarang undangan mahupun jemputan.

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Bilal Karim, Paya Mengkuang, Bukit Ramai itu, suspek menceroboh di sebuah majlis perkahwinan yang sedang berlangsung ketika perarakan sedang dijalankan, semalam.

Menurut sumber, anak keluarga pengantin pada ketika itu hendak mengambil barang dalam sebuah bilik, namun berkunci. Setelah mengetuk beberapa kali, barulah pintu bilik dibuka dan wanita yang tidak dikenali itu muncul di hadapan pintu.




Suspek berjaya ditangkap dan diserahka kepada polis dalam kejadian Jalan Bilal Karim, Paya Mengkuang, Bukit Rama Melaka.
Setelah disoal siat, suspek memberikan alasan menumpang sembahyang di dalam bilik itu. Namun yang peliknya, tiada seorang pun yang mengenali wanita terbabit. Tiada undangan juga yang diberikan kepadanya untuk hadir ke majlis itu.

Suspek dipercayai cuba mencuri barang-barang milik pengantin dan dia turut ditemani oleh seorang lagi rakannya yang telah melarikan diri.

Ahli keluarga pengantin akhirnya menyerahkan suspek kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Bagi mereka yang ingin dan sedang melangsungkan majlis perkahwinan, berhati-hatilah. Elakkan perkara sebegini berlaku di hari perkahwinan anda. -Mymediahubonline

No comments:

Post a Comment