Blog berita dan gambar

Sample Links

Elly Mazlein sahkan hamil anak pertama





Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi Elly Mazlein, yang kini disahkan hamil anak pertamanya.




Menurut Elly, dia kini sedang hamil enam minggu dan belum mengenal pasti lagi jantina anak sulungnya itu.


"Alhamdulillah akak hamil. 'Gestational age' satu bulan dua minggu. Doakan akak ya.


"Jantina anak memang belum boleh tahu lagi. Tapi akak tidak kisah jika dikurniakan anak lelaki atau perempuan. Asal sahaja anak dalam kandungan sihat dan selamat," ujarnya seperti dipetik daripada Media Hiburan.


Selain itu, Elly turut berkongsi gambar imbasan yang dilakukan oleh doktor untuk mengesahkan kehamilannya.



Sumber Foto: Ammboi



Elly Mazlein mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Azmi Hatta yang juga merupakan seorang pengarah drama, pada 9 November tahun lalu.

No comments:

Post a Comment