Menurut Sarimah, bekas suaminya itu membuat lafaz cerai dengan menyebut 'I Divorce You' sebanyak tiga kali di kondominiumnya di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 15 Mei 2009 sekitar jam 9 malam.
Tambahnya, lafaz itu turut disaksikan oleh tiga adik-beradiknya.

"Kami banyak berselisih faham dan tidak tinggal sebumbung sejak Januari 2009.
"Malah, kami juga menghadiri sesi kaunseling lebih enam kali, tetapi nampaknya sudah tiada jodoh. Alhamdulillah, semua sudah selesai. Hidup perlu diteruskan," ujar Sarimah dipetik sebagai berkata.
Untuk info, Sarimah akan menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka pilihannya iaitu Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April ini di Hotel Prince.
Terdahulu, mereka telah bertunang selama enam bulan iaitu sejak September 2014.










Read more: http://www.myartis.com/2015/02/nikah-april-sarimah-ibrahim-sah.html#ixzz3RiAyU0fb Gambar Artis
No comments:
Post a Comment