Maaf bukan saya wanita yang akan berkahwin dengan Zizan - emma maembong
Sunday, April 12, 2015
KUALA LUMPUR 12 April- Pelakon Emma Maembong hari ini menafikan dia merupakan bakal isteri pelawak terkenal, Zizan Razak, 31.
Menurut Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 23, selepas hubungan cinta mereka berakhir pada hujung tahun lalu, dia tidak berhasrat untuk kembali semula sebagai kekasih Zizan meskipun sentiasa mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya itu.
“Maaf bukan saya wanita yang akan berkahwin dengan Zizan. Saya dengar juga dia akan berkahwin Jun ini dan sudah tentu saya gembira untuk dia,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Zizan sebelum ini mengaku bakal berkahwin pada bulan Jun ini dengan gadis sekampung, tetapi enggan mendedahkan identiti bakal isterinya itu.
Menolak tindakan Zizan sebagai suatu keputusan yang tergesa- gesa, kata Emma dia percaya soal jodoh.
Malah, dia juga percaya Zizan cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri dan yang terbaik buatnya.
“Soal jodoh saya fikir bukan kita yang menentukannya. Sama seperti orang lain, saya juga mahu sampaikan ucapan tahniah buat dia dan bakal isteri,” kata Emma. Hburan
Farawahida Belum Bersedia Kongsi Kisah Penghijrahannya
Sunday, April 12, 2015
Baru-baru ini, kelihatan penyanyi Farawahida kerap memuat naik gambarnya yang kini tampil bertudung di Instagram malah dalam masa yang sama turut menjayakan persembahan dengan berimej sopan tersebut.
Ingin mendapatkan pengesahan dan perkembangan terbaru mengenani penyanyi tersebut, portal Media Hiburan Online telah menghubunginya namun Fara nampaknya belum bersedia untuk bercerita lanjut mengenai penampilan terbarunya itu.
“Insya-Allah doakan. Setakat ni saya tak mahu komen pasal imej saya ini,” katanya kepada portal tersebut. Apa yang pasti, penghijrahan Farawahida ternyata mendapat reaksi positif daripada peminatnya.
Mungkin juga bila sudah tiba masa yang sesuai, pasti Farawahida yang pernah popular dengan lagu Tanpamu ini bakal memberi penjelasan kepada peminat serta media di luar sana. Suka kami melihat penghijrahan artis ke arah kebaikan. - tawaunet Hburan
Siang Miskin Malam Kaya Raya : 8 Gambar Ini Akan Membuatkan Anda Sakit Hati
Saturday, April 11, 2015

Ada ramai orang yang meminta belas kasihan orang lain dengan menadah tangan. Sebahagian daripada mereka ditinggal keluarga dan tidak mempunyai tempat tinggal, sehingga mengemis adalah pilihan terakhir untuk bertahan hidup. Sedangkan sebahagian pengemis lain, mereka masih muda tetapi meminta-minta sedangkan mereka bergaya hidup mewah. lihat gambar disini Gambar
Aksi Johan Cium Mulut Isterinya, Ozlyn ini Komen Netizen
Monday, April 06, 2015
Setiap kali berlangsung majlis anugerah, pastinya akan ada kontroversi yang menjadi bualan. Kali ini, aksi Johan ketika diumumkan sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Lelaki Popular telah membuatkan para peminat bertelagah kewajarannya. Johan telah pun mencium mulut isterinya, Ozlyn ketika namanya diumumkan sekaligus menyebabkan orang ramai mempertikaikan tindakannya itu. Walaupun hubungan mereka adalah suami isteri, ramai yang beranggapan aksi tersebut tidak wajar dipertontonkan secara live.
Seperti yang kita ketahui, anugerah sebesar ABPBH ini bukan sahaja ditonton oleh golongan dewasa tetapi turut sama menjadi bahan tontonan kanak-kanak bawah umur. Namun ada juga yang menganggap reaksi spontan itu sebagai ‘sweet’. Iyerlah, ciuman antara suami dan isteri. Bukannya antara pasangan kekasih. Antara reaksi yang ditulis di sosial media ialah:-
Secara jujur, ia memang kurang manis namun kadangkala reaksi spontan bila nama diumumkan sebagai pemenang.Tak sempat nak fikir apa-apa. Orang tersayang pula ada di sisi. Apa pula pendapat anda?
sumber -abam nara
Berita
Info & Psikologi - Kebaikan Peluk Isteri
Sunday, April 05, 2015
Setelah berpuluh tahun membina perkahwinan, ada kala kemesraan suami isteri semakin lama semakin menjadi pudar. Ini bukan bermakna kasih sayang yang dibina itu sudah hilang tetapi kemungkinan isteri sebagai ibu sibuk dengan urusan rumah tangga dengan anak-anak ditambah pula kehadiran cucu. Suami pula sibuk dengan bebanan urusan pejabat yang semakin bertambah. Peluk cium antara suami isteri seakan sepi tidak seperti dua puluh tahun dahulu.
Menurut kajian, seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Berilah layanan yang istimewa kepada suami agar dapat selalu dipeluk olehnya.
1. MURAH PUJIAN
Tidak kira bagaimanapun sikap suami, jangan sekali-kali menjatuhkan air mukanya terutama di hadapan anak-anak. Selalu memberi puji-pujian dan kata-kata sanjungan. Jika suami membuat kesilapan seperti meninggalkan kain pelikat di hujung katil, apabila mahu menegurnya mulakanlah dengan tujuh kali puji-pujian terhadap mereka seperti, “abang nampak kacak hari ini”, “saya tengok abang semakin segak sekarang dan paling tidak saya rasa bahagia hidup di sisi abang tetapi pagi tadi, abang tertinggal kain pelikat di hujung katil dan sudah saya basuhkan”. Dengan puji-pujian ini sudah tentu suami akan memberikan pelukan hangat dan mungkin mendapat sebuah ciuman.
2.BERMAAFAN SEBELUM TIDUR
Salah satu cara untuk mengeratkan hubungan suami isteri dengan selalu bermaafan setiap kali sebelum tidur. Ucaplah kata-kata maaf atas apa sahaja perlakuan kita sepanjang hari dan berjanji tidak akan mengulanginya pada keesokan hari dan hari-hari yang mendatang. Suami juga secara tidak langsung akan berbuat perkara yang sama. Peluklah suami sebelum tidur dan anda pasti mendapat pelukan balas.
3. MENGHORMATI SEMPADAN PERIBADI SUAMI
Sebagai seorang isteri yang baik anda perlu menghormati hak peribadi suami. Memang antara suami isteri tidak patut ada rahsia antara satu sama lain tetapi kadang-kadang suami ada perkara yang tidak mahu isterinya tahu. Bukan maksudnya mahu membelakangkan isteri tetapi niatnya murni tidak mahu menyusahkan isteri. Janganlah mendesak suami untuk menyatakan halnya tetapi sebaliknya katakan padanya “walau apapun yang abang lakukan dan walau apapun keputusan abang, saya sentiasa menyokong abang”.
4. MUHASABAH HUBUNGAN UNTUK MENCARI PUNCA MASALAH
Hubungan suami isteri tidak akan lari dari perselisihan faham. Jika perkara yang kecil cepat-cepatlah perbaiki semula. Jika masalah yang melanda agak besar, sentiasa muhasabah hubungan dan mencari perkara yang positif dalam usia perkahwinan yang sudah menjangkau jubli perak ini. Paling baik, sentiasa mencari punca masalah dan selalu berbincang dengan suami. Cara ini paling berkesan dan menguntungkan ke dua belah pihak.
5. MENERIMA KELUARGA PASANGAN
Tunjukkan kita menyukai dan mengasihi orang-orang yang dihargai oleh pasangan kita. Pasangan yang intim dan bahagia saling suka menyukai kaum keluarga dan sahabat handai masing-masing. Mereka banyak menziarahi kaum keluarga dan rakan-rakan, selalu menolong dan sering mengajak mereka datang ke rumah. Bagi menunjukkan kita menyukai kaum keluarga dan sahabat handainya, pujilah mereka supaya dia tahu apa yang kita sukai berkenaan mereka itu. Jangan sekali-kali mengkritik dan mengumpat mereka.
6. MENGUBAH DIRI UNTUK MERANGSANG PERUBAHAN PASANGAN
Peredaran zaman membuatkan kehidupan manusia turut berubah. Jangan samakan kehidupan suami kita dua puluh tahun dahulu. Jika dahulu pendapatannya kecil tetapi kini sudah jauh berubah. Perubahan itu membuatkan komitmen juga turut berubah. Ubahlah diri dari segi mental dan fizikal selari dengan perubahan suami. Dalam erti kata lain berubah mengikut peredaran zaman. Jangan suami sudah sampai ke bulan kita masih mahu bertatih di bumi.
7. BERCAKAP DARI LUBUK HATI
Bercakaplah secara tulus dari hati berkenaan apa yang sedang difikirkan dan dirasakan. Masing-masing mempunyai ‘instinct’ terhadap satu sama lain. Kadang-kadang apa yang bermain di fikiran suami sudah boleh diduga oleh isteri. Itulah kehebatan sang isteri. Jangan berdusta dengan cara memendamkan perasaan yang sebenarnya.
8. BENTUK KOD-KOD KASIH SAYANG UNTUK SUAMI
Kadang-kadang bila anak-anak sudah besar, kita malu menyatakan sayang kepada pasangan. Apa kata anda ciptakan kod-kod istimewa yang hanya anda dan suami sahaja yang faham. Misalnya ‘1-4-3’ yang mempunyai maksud ‘I love you’ atau kod-kod yang mudah seperti ‘ikan keli’ dan sebagainya. Dengan kod-kod ini pasti anak-anak akan terpinga-pinga apa yang diucapkan oleh anda dan suami.
Muka Comel Pembaca Berita TV3 Tidak Perasan Tengah LIVE ?
Saturday, April 04, 2015
hehe..ni memang tak perasan ke apa ni.. saksikan pembaca berita tv3 tak perasan tengah live kat tv..
lihat video disini
7 GAMBAR - SELAMAT NIKAH: TAUFIK BATISAH KINI SUAMI SHEENA AKBAL
Saturday, April 04, 2015
Penyanyi Singapura yang popular dengan lagu 'Awak Kat Mana', Taufik Batisah kini sah suami kepada Sheena Akbal apabila dijabkabul dengan sekali lafaz. Mereka berdua telah melangsungkan pernikahan pagi tadi.
"Alhamdulillah, Doakan kita ye," ujar Taufik ringkas.
Tahniah diucapkan!
6 gambar disini Gambar
"Alhamdulillah, Doakan kita ye," ujar Taufik ringkas.
Tahniah diucapkan!

6 gambar disini Gambar
Subscribe to:
Posts (Atom)