Blog berita dan gambar

Sample Links

Farawahida Belum Bersedia Kongsi Kisah Penghijrahannya

Kisah Penghijrahan Farawahida


Baru-baru ini, kelihatan penyanyi Farawahida kerap memuat naik gambarnya yang kini tampil bertudung di Instagram malah dalam masa yang sama turut menjayakan persembahan dengan berimej sopan tersebut.


Ingin mendapatkan pengesahan dan perkembangan terbaru mengenani penyanyi tersebut, portal Media Hiburan Online telah menghubunginya namun Fara nampaknya belum bersedia untuk bercerita lanjut mengenai penampilan terbarunya itu.


“Insya-Allah doakan. Setakat ni saya tak mahu komen pasal imej saya ini,” katanya kepada portal tersebut. Apa yang pasti, penghijrahan Farawahida ternyata mendapat reaksi positif daripada peminatnya.


Mungkin juga bila sudah tiba masa yang sesuai, pasti Farawahida yang pernah popular dengan lagu Tanpamu ini bakal memberi penjelasan kepada peminat serta media di luar sana. Suka kami melihat penghijrahan artis ke arah kebaikan. - tawaunet

No comments:

Post a Comment