Maaf bukan saya wanita yang akan berkahwin dengan Zizan - emma maembong
Sunday, April 12, 2015
KUALA LUMPUR 12 April- Pelakon Emma Maembong hari ini menafikan dia merupakan bakal isteri pelawak terkenal, Zizan Razak, 31.
Menurut Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 23, selepas hubungan cinta mereka berakhir pada hujung tahun lalu, dia tidak berhasrat untuk kembali semula sebagai kekasih Zizan meskipun sentiasa mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya itu.
“Maaf bukan saya wanita yang akan berkahwin dengan Zizan. Saya dengar juga dia akan berkahwin Jun ini dan sudah tentu saya gembira untuk dia,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Zizan sebelum ini mengaku bakal berkahwin pada bulan Jun ini dengan gadis sekampung, tetapi enggan mendedahkan identiti bakal isterinya itu.
Menolak tindakan Zizan sebagai suatu keputusan yang tergesa- gesa, kata Emma dia percaya soal jodoh.
Malah, dia juga percaya Zizan cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri dan yang terbaik buatnya.
“Soal jodoh saya fikir bukan kita yang menentukannya. Sama seperti orang lain, saya juga mahu sampaikan ucapan tahniah buat dia dan bakal isteri,” kata Emma. Hburan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment