Setiap kali berlangsung majlis anugerah, pastinya akan ada kontroversi yang menjadi bualan. Kali ini, aksi Johan ketika diumumkan sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Lelaki Popular telah membuatkan para peminat bertelagah kewajarannya. Johan telah pun mencium mulut isterinya, Ozlyn ketika namanya diumumkan sekaligus menyebabkan orang ramai mempertikaikan tindakannya itu. Walaupun hubungan mereka adalah suami isteri, ramai yang beranggapan aksi tersebut tidak wajar dipertontonkan secara live.
Seperti yang kita ketahui, anugerah sebesar ABPBH ini bukan sahaja ditonton oleh golongan dewasa tetapi turut sama menjadi bahan tontonan kanak-kanak bawah umur. Namun ada juga yang menganggap reaksi spontan itu sebagai ‘sweet’. Iyerlah, ciuman antara suami dan isteri. Bukannya antara pasangan kekasih. Antara reaksi yang ditulis di sosial media ialah:-
Secara jujur, ia memang kurang manis namun kadangkala reaksi spontan bila nama diumumkan sebagai pemenang.Tak sempat nak fikir apa-apa. Orang tersayang pula ada di sisi. Apa pula pendapat anda?
sumber -abam nara
Berita
No comments:
Post a Comment