Blog berita dan gambar

Sample Links

Gosip berkenaan tidak logik kerana hubungan kami bukannya rapat - Nad Zainal




Pelakon Nad Zainal menyifatkan gosip terbaharu mengenainya yang dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan aktor Remy Ishak sebagai tidak logik.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, dia tidak mengenali aktor tersebut secara peribadi dan hanya bertemu ketika berada dilokasi penggambaran drama lakonan mereka iaitu Jalan Mati dan AntiDOT.

"Gosip berkenaan tidak logik kerana hubungan kami bukannya rapat dan sekadar teman sesama artis sahaja.

"Baik saya atau pun dia, kami tidak pernah berhubung selepas selesai penggambaran melibatkan kami berdua dan hubungan yang wujud sekadar di set penggambaran," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad. mstar 

No comments:

Post a Comment